10 perkara yang anda perlu tahu tentang Caravan / Motorhome di NZ dan Aus

By October 28, 2015 Blog 25 Comments
ahmad caravan adventure Family Holidays by Caravan & motorhome in NZ & Australia

10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG CARAVAN

Sekarang telah menjadi satu ‘trend’ dimana ramai orang Malaysia berminat untuk mencuba percutian yang berbeza dan menarik. Mereka lebih gemar memilih percutian yang tidak mengongkong, bebas bergerak kemana-mana dan tidak terikat dengan sebarang jadual. Oleh itu Caravan menjadi pilihan terkini kerana memberikan percutian bebas disamping mencuba gaya percutian dalam Caravan. Dengan itu kami memberikan 10 Perkara yang perlu diketahui tentang Caravan di New Zealand dan Australia

 

1) Terma yang Betul tentang Caravan

Kita di Malaysia secara amnya menggambarkan Caravan adalah penginapan bergerak, tetapi terma yang sebenarnya  yang digunapakai di New Zealand dan Australia adalah seperti berikut :

      i) Caravan – ‘rumah’ yang ditarik oleh kenderaan lain

caravanii) Campervan – Sebuah van yang diubahsuai menjadi ‘rumah’. Saiz lebih kecil dan boleh memuatkan antara 2 hingga 4 orang.

campervan

 

iii) Motorhome – Diibaratkan 1 apartment dikecilkan menjadi apartment bergerak termasuk dapur dan bilik air. Saiz lebih besar dan boleh memuatkan antara 4 – 6 orang (maksimum)

motorhome

** Tetapi bagi memudahkan perbincangan disini kami masih menggunakan terma Caravan dalam artikel ini

2)Saiz Caravan

Caravan ada pelbagai saiz. Kalau untuk 2 orang saiznya sama dengan van biasa tetapi untuk 6 orang saiznya sebesar lori 1 tan atau lebih

Publication125

3)Fasiliti dalam caravan

Kalau ikutkan bergantung kepada jenis caravan jugak, tetapi untuk motorhome atau caravan yang besar, peralatan didalam hampir lengkap seperti di dalam apartment. Berikut disertakan contoh senarai peralatan yang ada :utensils list

 

 4) Memasak di dalam Caravan

Peralatan memasak semua disediakan. Jika ada yang rasa was2 boleh menyamak atau sertu peralatan ini sebelum digunakan. Tapi dicadangkan tidak perlulah masak menu yang susah2. Selalunya kami bawa ‘instant food’ dari malaysia seperti brahim, sardine, maggi dan macam2 lagi. Mengikut pihak immigresen di sana, makanan yang diproses dibenarkan dibawa masuk NZ atau Australia cuma ‘raw food’ spt sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, madu dan lain-lain sahaja dilarang.

Jadi bila masa yang sesuai untuk  memasak? Dicadangkan pagi masak untuk sarapan dan makan tengahari (masa makan tengahari cuma tinggal nak panaskan), dan malam utk makan malam. Masak berat-berat selalunya untuk makan malam.

clay wash

brahims

5) katil

Untuk caravan 6 orang, terdapat katil di atas pemandu, katil ni memang dah tetap. Katil lain kebiasaannya adalah seperti ‘sofa bed’.. siang sofa malam ditukar menjadi katil. Saiz selalunya katil berdua (queen size bed) tetapi kalau caravan tu spesifikasi untuk 3 atau 5 orang,jadi akan ada 1 katil bujang (single)

katil6)Bag pakaian

Untuk ber’adventure’ dengan caravan maka kene la kreatif dalam cara mengemas pakaian dan beg. Tidak perlu bawa beg yang besar-besar terutamanya untuk 6 orang. Tempat untuk simpan beg ni selalunya tidak disediakan. Apa yang selalu dibuat ialah beg-beg ini diletakkan di dalam bilik air. Selalunya bilik air jarang digunakan sebab banyak tempat berhenti yang menyediakan kemudahan bilik air.

7)Bateri Caravan

Terdapat 2 bateri untuk setiap caravan. 1 untuk kereta dan satu untuk ‘rumah’. Bateri yang untuk kereta sama operasi seperti kereta biasa dimana ia akan di ‘charge’ bila kereta dihidupkan. Berbeza dengan bateri ‘rumah’, ia hanya mampu bertahan sekitar 36 – 48 jam bergantung kepada penggunaan. Oleh itu caravan seharusnya di ‘charge’ di Holiday Park sekurang-kurangnya sekali setiap 2 malam. Penting ke Bateri ni? Ia penting sebab untuk menjana pump air, peti ais, lampu dan barang-barang elektrik yang lain

8)Tenaga elektrik dan peralatan yang boleh digunakan

Tenaga elektri yang didapati dari ‘plug point’ penting bukan sahaja untuk charge bateri tetapi untuk menghidupkan peralatan-peralatan utama yang lain. Jika tanpa elektrik, hanya lampu, pump air dan peti ais sahaja yang boleh digunakan dengan kuasa bateri, manakala peralatan yang lain perlukan kuasa yang lebih untuk dihidupkan. Oleh itu bila ada sumber elektrik maka soket, aircond/heater, microwave dan lain-lain peralatan utama baru boleh dihidupkan

power source

9)Toilet and porta porti

Untuk caravan yang tiada fasiliti bilik air, maka porta porti kadang-kadang disediakan. Porta porti ni maksudnya mangkuk tandas mudah alih (rupa macam mangkuk tandas kanak-kanak yang baru berlatih menggunakan tandas). Untuk yang ada fasiliti bilik air, hanya perlu mencuci tanki najis yang berhubung dengan mangkuk tandas kekal di dalamnya. Nak basuh memang senang dan takde la menggelikan sangat sebab kita tak nampak najis tu..bahan kimia melupuskan najis disediakan bersama caravan.

pump

10)Dump station

Untuk Negara yang bersih seperti NZ dan Australia, bahan –bahan buangan dari tanki air atau bilik air tidak boleh dibuang sesuka hati. Oleh itu kebanyakan holiday park menyediakan tempat dump station untuk buang air kotor dari tanki air dan bilik air.

dump station

 

Itu sahaja untuk kali ini, banyak lagi yang akan dikongsi seperti Holiday Park, Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di New Zealand, mencari makanan halal dan banyak lagi yang akan dikongsi. Tunggu untuk lebih informasi tentang percutian Caravan yang memang best dan  dinanti-nantikan hanya dari Ahmad Caravan

25 Comments

Leave a Reply to Aida Cancel Reply