10 Sebab Kenapa kena ke New Zealand Musim Sejuk ini!

By February 5, 2016 Blog 71 Comments
Queenstown_in_winter3

Dah lama teringin nak main snow atau ski? Nak pegi negara yang cantik, bersih dan pendek kata WOW!! Haa..jawapannya New Zealand la! Kami kongsikan kenapa anda perlu ke New Zealand pada musim sejuk!

New Zealand terletak di Selatan Hemisfera dan musim sejuknya bertentangan dengan musim sejuk di negara-negara Eropah, US dan negara omputih yang sewaktu dengannya. Bermula dari bulan Jun hingga September, musim sejuk adalah waktu terbaik ke New Zealand! Kenapa??

1) Murah!

Musim sejuk ini adalah musim “low season” di New Zealand. Harga hotel, sewa motorhomes, kereta dan juga aktiviti-aktiviti disini memang murah. Boleh dikatakan kurang sehingga 50% dari harga musim puncak!

Flight pun banyak promosi..so kalau anda memang nak jimat, pegilah musim sejuk ini.

2) Tak ramai org

Memang best travel musim ini sebab tak ramai pelancong yang datang. Tempat lawatan, hotel dan segalanya tak penuh..kosong! hihi..literally, NZ tu kita yang punya! So, very relaxing dan tak perlu terkejar-kejar, beratur panjang untuk beli tiket dan sebagainya..tak macam pegi musim panas ni.

3) Jalanraya tak crowded!

Memandu di New Zealand pada musim sejuk memang best! Susah nak jumpa kereta lain atas jalanraya..boleh la Nampak 1-2 kereta je..tapi jangan takut, tak bahaya pun di sana. Jalanraya dijaga rapi, takde lopak atau lubang..dan kebanyakkannya jalan lurus je kecuali ke gunung-ganang.

Nak drive pun tak bahaya musim sejuk sebab salji kebanyakkannya hanya diatas kawasan pergunungan, bukan di bawah.

Road_to_mount_cook_new_zealand

4) Musim melihat “whale” di Kaikoura

Nak sangat tengok whale atau Seal dengan dekat? Wild whale & seal tau! Musim sejuk ini lah peluang nak tengok secara dekat sangat tinggi di Kaikoura.

442_NewZealandWhaleWatchKaikouraPaikeatailshot_1288440145

seal-colony-1-1

5) Main snow!! Ski sepuasnya!

Kalau dah pegi musim sejuk, tak sah la kalau tak main salji dan ski kan? Tak pandai ski pun nak gak merasa pegang kayu ski dan slide!! J haa…NZ ni ada world-class ski resorts merata-rata di Pulau Selatan & Utara. Antara yang best untuk pegi adalah Troble Cone, Mt Ruapehu dan banyak lagi!

TC_Powder-1024x680

6) Putih salju – seperti dalam dunia berbeza!

Pemandangan kiri & kanan gunung-ganang seputih-putihnya!! Memandu di jalanraya dan anda akan lihat cantiknya pemandangan ini seperti dalam dunia fantasi!

Visit-New-Zealand-Landscape-With-Road-and-Snowy-Mountains-Southern-Alps-New-Zealand-1600x1047

 

7) Glaciers! It’s magical

Nak cuba sesuatu yang baru? Trekking melalui glaciers ke..inilah masanya..

SetWidth1200-Fox-Glacier-Hike-New-Zealand

8) Sukan ekstrem?? Boleh saja pada musim sejuk

Giler dengan sukan ekstrem? Musim sejuk di NZ pun ada boleh lakukan aktiviti ekstrem seperti snow tubing di Ozone Tubing Park, snowboarding, ice climbing?? Cakap je nak buat apa, gerenti ada kat NZ ni!

iceclimbing_banner01

Fox-Glacier-Ice-Caves

9) Kolam air panas pada musim sejuk?

Takut sangat sejuk sampai tak tahan?? Tak la sejuk sangat kt NZ ni sampai suhu jatuh negatif macam Korea, China tu..purata suhu musim sejuk adalah 9- 20 ͦ celcius.

Dan boleh berendam kolam air panas di Tekapo Springs dan Hanmer Springs. Uhhh…memang sedap berendam kolam air panas dalam musim sejuk ni!!

alpine-springs-bg

10) Aurora Australis

Satu keajaiban alam yang perlu korang tengok!! Aurora Australis hanya terjadi pada musim sejuk dengan keadaan suhu rendah & awan yang tipis..juga dikenali sebagai Southern Lights..tak perlu ke Iceland, Norway atau mana-mana negara Scandinavian yang jauh & mahal nak tengok Aurora ni..New Zealand pun ada!

Kat mana nak tengok Southern Lights ni?? Haa…tunggu next artikel kami ya!

 

LLG_76891

aurora_australis-wallpaper-1280x800

71 Comments

Leave a Reply