12 Tempat Hentian Wajib di Great Ocean Road, Melbourne

By March 6, 2018 Blog No Comments

Anda pasti selalu mendengar tentang The Great Ocean Road dari kawan-kawan yang pernah ke sana atau melalui iklankan..selalunya gambar batu-batu kapur besar dan laut yang ditunjukkan yang dikenali sebagai The Twelve Apostles. Tapi, tahukah anda ada banyak lagi tempat yang harms anda lawati atau berhenti disini! 

The Great Ocean Road ini bermula dari Torquay ke Allansford iaitu sejauh 243km. Dari bandar Melbourne, anda harus memandu sejauh 1 1/2 jam menuju ke Torquay. Permulaan laluan ini ditandakan dengan pintu gerbang ini.

 

Pintu Gerbang menandakan permulaan Great Ocean Road

Peta The Great Ocean Road

Terdapat 12 tempat harus anda kunjungi sepanjang perjalanan The Great Ocean Road ini..haaa, macam mana nak ke semua tempat ni? Kami cadangkan anda untuk memandu selama 2 hari dan bermalam di Port Campbell atau Apollo Bay untuk berehat. Jangan tergesa-gesa menghabiskan laluan ini dalam masa satu hari kerana anda pasti rugi tidak dapat menikmati keindahan pemandangan yang menakjubkan ini!

1.Bells Beach

Pantai yang mempunyai ombak besar & kuat ini sangat terkenal dengan sukan luncur air atau surfing..anda boleh kesini untuk melihat orang awam mempamerkan skill surfing mereka! 

 

Bells Beach

 

2.Teddy’s Lookout 

Berhenti di lookout point ini membolehkan anda melihat the Great Ocean Road dari atas! Satu pemandangan yang memukau dan anda tidak percaya anda telah melalui jalan yang nampak kecil dan curam dari atas ini! 

Teddy’s Look out point

3.Lorne

Pekan kecil yang anda lewati ini sangat istimewa kerana mempunyai banyak cafe & deretan kedai kecil menjual pelbagai barangan tempatan arts & crafts Kereta! Sesuai untuk berehat sambil menikmati kopi panas…

Pekan Lorne

4. Ekshine Falls

Detour sedikit ke Ekshine Falls yang dilitupi pokok fern besar. Tapi yang ini memerlukan sedikit tenaga nak turun track ya..lebih kurang 1 jam turun & naik. Pandu kereta ke kawasan parking & berjalan mengikuti track untuk sampai ke air terjun ini..tapi view memang cantik dan menjanjikan kelaianan setelah hampir setengah hari memandu mengikuti jalan persisiran laut.

Ekshine Falls, Lorne

5. Kennett River

Selalunya jarang yang mahu berhenti ke sini. Tapi kami berhenti untuk melihat Koala yang liar disini! Ada juga Otway Light House sebagai tarikan berhampiran kawasan ini.

Kennett River Koala Walk

6. Apollo Bay

Singgah & Bermalam di Apollo Bay. Sebuah bandar Nelayan yang tenang dan santai. 

Apollo Bay Township

7. 12 Apostles

Inilah dia icon paling terkenal disini. Struktur batu-batu kapur yang besar terbentuk sejak 20 juta tahun dahulu…WOW!!! Dan terhasil dari hakisan batu dengan air laut. Batu-batu ini mempunyai ketinggian 45  m hinge 70 meter dari aras laut! Sekarang, hanya tinggal 8 limestones yang masih utuh berdiri..Kami cadangkan sampai disini samada awal pagi sewaktu sunrise atau sunset untuk mengelakkan dari bertembung dengan pelancong-pelancong asing yang menaiki bas pelancongan..so, kawasan ini seolah-olah hanya untuk anda!!

Twelve Apostles yang hanya tinggal 8

8. Gibson Steps

Jangan hanya melihat batu-batu kapur ini dari atas, tetapi amiba peluang untuk turun kebawah dan berjalan di persisiran Pantai ini. Anda boleh melihat betapa besarnya batu ini terbentuk dari bawah ke atas dan deruan ombak Pantai yang sangat kuat menghakis batuan ini…jaga-jaga dengan pasang surut air dan pakai selipar tau!

Gibson Steps

9. Loch Ard Gorge

Terletak lebih kurang 4 minit dari 12 Apostles, jangan lupa singgah disini dan melihat kawasan kapal karam Loch Ard yang dikatakan mendarat di Muttonbird Island berhampiran kawasan ini selepas 3 bulan berlayar dari England ke Melbourne. Jangan lupa singgah ke Port Campbell Info Center untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah ini.

Loch Ard Gorge

10. London Arch

Formasi batu yang terbina kerana hakisan ombak pantai ini pada dahulunya kelihatan seolah-olah London Bridge. Namun, pada tahun 1990, bahagian tengah batu ini roboh menyebabkan dua pelancong yang ada pada ketika itu terjatuh, namun dapat diselamatkan..jadi, tinggallah 2 bahagian yang dapat dilihat seperti sekarang! 

London Arch

11. Grotto

Ambil gambar kat sini memang cantik & unik seolah-olah anda berada didalam lubang besar didalam batu atau gua melihat laut di depannya! Formasi batu yang terbentuk ini sangat unik dan harus anda lawati!

The Grotto

12. Bay of Islands

Di Selatan menghala ke Peterborough terdapat Bay of Island dan Bay of Martyrs dengan formasi batu yang besar & secantik 12 Apostles tetapi jarang dikunjungi! Orang kata less touristy! Anda mungkin sebilangan kecil yang kesini tetapi ianya menjanjikan pemandangan yang sama Indah..

Bay of Islands

 

So, inilah 12 tempat wajib anda singgah sepanjang pemanduan Great Ocean Road..jangan terburu-buru, ambillah masa untuk menikmati pemandangan dan kecantikan alam ciptaan tuhan! Pada pendapat kami, memandu sendiri kereta atau caravan adalah pilihan terbaik untuk berkunjung kesini..

Nak Sewa caravan, bole terus hubungi Ahmad Caravan di 03-55196455 SEKARANG!

Jangan lupa share dengan kenkawan tips ini ya..sharing is caring.

Perkongsian seterusnya adalah senarai holiday parks best di Melbourne, Australia. Kalau bercadang untuk memandu caravan, anda PERLU TAHU dimana nak park. Tunggu tau…

 

Leave a Reply