Convoy 8H7M Jelajah GLACIERS South NZ

jelajah-glaciers-2

JELAJAH GLACIERS

 

Jadual Perjalanan

Klik pada jadual harian untuk membaca lanjut.[/vc_column_text]

HARI 1: KUALA LUMPUR – CHRISTCHURCH

• Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Christchurch melalui penerbangan pilihan anda

HARI 2: CHRISTCHURCH

• Tiba di Christchurch International Airport dan disambut wakil kami dan transfer ke hotel di Christchurch.

• Aktiviti bebas. Anda boleh berjalan di sekitar Bandar Christchurch dengan menaiki Tram ke Botanical Garden, membeli belah di Restart atau melihat pelbagai tarikan lain.

HARI 3: CHRISTCHURCH – MOUNT COOK (310 km)

• Daftar keluar hotel dan anda akan dibawa ke Depot Motorhome. Taklimat akan dilakukan tentang cara pemanduan dan seterusnya mendapatkan Motorhome atau Caravan yang ditempah.

• Bergerak secara berkumpulan ke Westfield Riccarton untuk membeli barang basah untuk memasak.

• Mula bergerak dengan melalui ladang-ladang dan ternakan kambing, lembu dan kuda yang banyak terdapat sepanjang perjalanan ke Lake Tekapo, sebuah tasik besar berwarna biru turquoise!

• Perjalanan di teruskan ke Tasik Pukaki dan seterusnya ke Mount Cook.

• Bermalam di Glentanner Holiday Park dan pada belah malam boleh menikmati pemandangan bintang dan bulan yang indah.

HARI 4 : MOUNT COOK - CROMWELL – QUEENSTOWN (252 km)

• Bergerak ke Tasman Lake untuk melihat glacier yang terapung di dalam tasik tersebut.

• Seterusnya ke Omarama dan dalam perjalanan singgah di High Country Salmon di mana anada boleh memberi makan salmon dan merasa salmon segar.

• Singgah juga di The Wrinkly Rams untuk melihat cara-cara mengetam bulu kambing. Perjalanan diteruskan ke Cromwell untuk melihat ladang buah-buahan.

• Meneruskan perjalanan ke Queenstown, bandar kedua terbesar di South Island, dengan melalui pemandangan gunung-ganang yang indah.

• Bermalam di Holiday Park Queenstown.

HARI 5 : QUEENSTOWN - TE ANAU (171 km)

• Aktiviti Bebas.

• Pelbagai aktiviti terdapat disini seperti Skyline Cable Car, Sky Diving, Jet Shotover, Tarian Haka, Bungee Jumping, Cruise dan pelbagai lagi yang boleh dilakukan disini.

• Bergerak ke Te Anau di sebelah petang dan bermalam di holiday park.

HARI 6 : TE ANAU - MILFORD SOUND - QUEENSTOWN (406 km)

• Bergerak awal pagi ke Milford Sound (2 jam 30 minit) dengan melalui jalan yang mencabar dan menghayati antara pemandangan yag tercantik di New Zealand.

• Sampai disini anda berpeluang menaiki Milford Sound cruise iaitu salah satu keajaiban dunia (perbelanjaan sendiri).

• Bergerak kembali ke Te Anau untuk Makan Tengahari dan isi petrol untuk perjalanan ke Queenstown dan bermalam disini.

HARI 7 : QUEENSTOWN – WANAKA- FRANZ JOSEF GLACIER (350 km)

• Bergerak ke Wanaka (pekan yang moden bersebelahan tasik) dan singgah di Puzzle World Wanaka.

• Perjalanan diteruskan ke Glacier Region melalui Haast Pass bersama pemandangan Tasik Hawea dan Tasik Wanaka. Singgah di Blue Pool iaitu sebuah kawasan kolam yang airnya sungguh jernih dan berwarna biru.

• Meneruskan perjalanan dan singgah di Fox Glacier melihat Glacier di sini (pilihan : berjalan kaki sejam ke kaki Glacier). Perjalanan di teruskan ke Franz Josef Glacier, sebuah lagi tempat glacier yang terkenal (pilihan : berjalan kaki sejam setengah ke kaki Glacier).

• Bermalam di pekan Franz Josef.

HARI 8 : FRANZ JOSEF GLACIER - PUNAKAIKI – GREYMOUTH (262 km)

• Bergerak ke Punakaiki melihat Pancake Rock dimana terdapat pembentukan batu seperti pancake dan juga Blowholes.

• Kembali bergerak ke Greymouth dan bermalam di sini.

HARI 9 : GREYMOUTH – CHRISTCHURCH (244 km)

• Bergerak pulang ke Christchurch melalui Arthur’s Pass bersama pemandangan perjalanan yang memukau.

• Singgah di Castle Hill dan melihat pemandangan yang mempesona.

• Sampai di Christchurch membeli belah di Re-Start dan seterusnya ke Depot Motorhome untuk proses penghantaran kenderaan dan menaiki penerbangan.

HARI 10 : KUALA LUMPUR

• Tiba di Kuala Lumpur dengan memori percutian terindah bersama keluarga!

BOOK MY CONVOY NOW! [/vc_column_text]

Tempat Menarik:
* Christchurch     * Lake Tekapo

* Omarama           * Queenstown

* Te Anau              * Invercargill

* Wanaka              * Franz Josef Glacier

* Fox Glacier        * Punakaiki

Join Ahmad Caravan Convoy NOW!

Fantastic way to visit the best attractions across New Zealand & Australia

Book My Convoy!    View Other Convoy Packages    Contact Us For More Question