Convoy 8H7M Middle Earth New Zealand

MIDDLE EARTH 8H7M 2

Jadual Perjalanan

Klik pada jadual harian untuk membaca lanjut.[/vc_column_text]

HARI 1: KUALA LUMPUR – CHRISTCHURCH

• Tiba di Christchurch International Airport dan disambut wakil kami dan transfer ke hotel di Christchurch.

•Aktiviti bebas. Anda boleh berjalan di sekitar Bandar Christchurch.

HARI 2: CHRISTCHURCH – LAKE TEKAPO

• Daftar keluar hotel dan anda akan dibawa ke Depot Motorhome.

• Taklimat akan dilakukan tentang cara pemanduan dan seterusnya mendapatkan Motorhome atau Caravan yang ditempah. 

• Bergerak secara berkumpulan ke Countdown untuk membeli barang basah untuk memasak.

• Singgah di masjid Christchurch.

• Mula bergerak dengan melalui ladang-ladang dan ternakan kambing, lembu dan kuda yang banyak terdapat sepanjang perjalanan.

• Tiba di Lake Tekapo, sebuah tasik besar berwarna biru turquoise dan bermalam di sana. Nikmati ‘Star Gazing’ pada waktu malam.

HARI 3: LAKE TEKAPO – WANAKA – QUEENSTOWN

• Bergerak ke Omarama & dalam perjalanan singgah di High Country Salmon di mana anda boleh memberi makan salmon dan merasa salmon segar. 

• Singgah juga di The Wrinkly Rams untuk melihat cara-cara mengetam bulu kambing, Perjalanan diteruskan ke Wanaka (pekan yang moden bersebelahan tasik) & singgah di Puzzle World Wanaka.

• Meneruskan perjalanan ke Queenstown, Bandar kedua terbesar di South Island, dengan melalui pemandangan gunung-ganang yang indah.

• Bermalam di Holiday Park Queenstown.

HARI 4 : QUEENSTOWN – TE ANAU

• Aktiviti bebas. Pelbagai aktiviti terdapat disini seperti Skyline Cable Car, Sky Diving, Jet Shotover, Tarian Haka, Bungee Jumping, Cruise & pelbagai lagi yang boleh dilakukan disini.

• Bergerak ke Te Anau disebelah petang & bermalam di Holiday Park.

HARI 5 : TE ANAU – MILFORD SOUND – INVERCARGILL

• Bergerak ke Milford Sound (2 jam 30 minit) & menghayati pemandangan yang tercantik di New Zealand. 

• Anda berpeluang menaiki Milford Sound cruise – salah satu keajaiban dunia (perbelanjaan sendiri).

• Bergerak kembali ke Te Anau dan terus ke Invercargill.

HARI 6 : INVERCARGILL – DUNEDIN

• Bergerak ke Bluff iaitu bandar paling selatan di dunia dan seterusnya melalui Catlin’s Pass ke Dunedin.

• Sepanjang perjalanan boleh singgah di Purakaunui Falls dan seterusnya ke Nugget Point Lighthouse pemandangan laut yang membiru.

• Perjalanan akhirnya ke Dunedin iaitu bandar yang didirikan oleh masyarakat Scotland di Dunedin.

• Bermalam di Holiday Park Dunedin.

HARI 7 : : DUNEDIN – TIMARU

• Aktiviti bebas. Antara tempat yang harus dilawati adalah Penguin Place di Peninsular Otago dimana anda dapat melihat hidupan liar seperti penguin, singa laut, anjing laut dan burung Albatross di kawasan ini dan lawati satu-satunya Istana di negara ini.

• Disamping itu juga boleh melawat kilang cadbury dan membeli cenderahati di bandar ini.

• Pada sebelah petang bergerak ke Timaru & jika berkesempatan boleh singgah di Moeraki Boulders iaitu terdapat batu-batuan yang berbentuk bulat secara semulajadi.

• Bermalam di Holiday Park Timaru.

HARI 8: TIMARU – CHRISTCHURCH (165 km)

• Bergerak pulang ke Christchurch dan terus ke Depot Motorhome untuk proses penghantaran kenderaan dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.

BOOK MY CONVOY NOW! [/vc_column_text]

Tempat Menarik:
* Christchurch     * Queenstown

* Milford Sound  * Dunedin

* Lake Tekapo     * Invercargill

* Wanaka              * Penguin Place

Join Ahmad Caravan Convoy NOW!

Fantastic way to visit the best attractions across New Zealand & Australia

Book My Convoy!    View Other Convoy Packages    Contact Us For More Question