We Bring The Adventure To You

Meet Ahmad Caravan!

Kenali Ahmad Caravan

Ahmad Caravan adalah satu jenama produk di bawah World Travel Ambassador Sdn Bhd (877980-T) / KPL/LN : 6138 iaitu agensi pelancongan berlesen dibawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Ahmad Caravan menguruskan percutian Caravan di New Zealand dan Australia.

Caravan atau Motorhomes adalah trend pelancongan terkini dan mula mendapat perhatian dikalangan pelancong Malaysia. Destinasi utama bercaravan adalah New Zealand, Australia dan Eropah. Sebagai perintis agensi pelancongan yang menguruskan percutian Caravan bagi keluarga muslim, World Travel Ambassador Sdn Bhd berbangga menjadi agensi pelancongan terpilih oleh Tourism Holding Limited, syarikat sewa kenderaan terbesar di New Zealand untuk pasaran Malaysia. Kami juga agent Wheelaway yang menguruskan tempahan holiday parks disini. Gabungan bersama rakan kongsi kami di New Zealand ini memastikan setiap percutian caravan anda sesuatu yang indah.

Kami MENAMBAH NILAI PERCUTIAN CARAVAN anda kerana :

1. Menawarkan sewaan bagi pelbagai jenis caravan mengikut bajet anda seperti Britz, Maui, Miighty, KEA dan Alpha di New Zealand & Australia.

2. Agensi terlantik Wheelaway yang menawarkan tempahan bagi Holiday Parks di New Zealand pada harga yang kompetitif.

3. Panduan Pejalanan Muslim yang lengkap disediakan bagi setiap keluarga. (Mengandungi senarai kedai runcit, bahan masak yang boleh dibeli, senarai restoran halal dan pelbagai lagi)

4. Kit Perjalanan Muslim yang MESTI ADA!

5. Nasihat perjalanan dari Konsultan kami yang berpengalaman.

6. Aturcara perjalanan yang teratur (mengambil kira waktu tiba anda di Christchurch/ Auckland dan perjalanan bagi setiap destinasi)

7. Memudahkan tempahan kerana kami boleh dihubungi melalui pelbagai cara (HP, Whatsapp, Email, Website, Facebook)

8. Pilihan samada sewa & pandu sendiri ATAU pakej Convoy.

9. Harga lebih Murah dari booking terus di website motorhomes lain!