Parking di mana nanti?

Pilihlah Holiday Parks yang selesa dengan kemudahan bertaraf 3* seperti tandas, bilik mandi, dapur, dobi, bilik menonton TV, bilik komputer, taman permainan dan kemudahan WIFI.

Ada juga holiday parks yang menawarkan bilik seperti hotel untuk disewa pelanggan jika inginkan lebih keselesaan.

Holiday Parks pilihan kami juga menyediakan tempat caj, isian air dan “dump station”.